Hiburan

Penyanyi Baru Fadh Majid Cipta Lagu Kisah Cinta Terputus Di Tengah Jalan

Kamaruddin Razal
07/04/2020
12:07 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Baru Fadh Majid Cipta Lagu Kisah Cinta Terputus Di Tengah Jalan
Penyanyi baru, Fadh Majid muncul dengan single berjudul Bukan Takdirku.
Bernaung di bawah label Todak Music, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan Fadh sepenuhnya.
Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.
"Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur.
"Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
"Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.
"Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata pemuda yang melancarkan lagu itu baru-baru ini.
BACA: Lancar Lagu Semasa PKP, Penyanyi Baru Fadh Majid Tak Sensitif?
Memiliki variasi vokal versatil dan dominan pada nyanyian bernuansakan R&B, Fadh yang merupakan adik kepada penyanyi Raqib Majid ini juga berkebolehan menyampaikan lagu beritma irama tradisional.
"Insya-Allah kalau kehadiran saya diterima baik, dapatlah saya menonjolkan kebolehan nyanyian pada umum.
"Bahkan sangat berbangga jika diberi peluang merakamkan lagu irama Malaysia suatu hari nanti,” katanya mengakhiri perbualan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar