Laman Utama

Penyanyi Indonesia Rina Gunawan Meninggal Dunia Selepas Alami Gejala Covid-19

Fiza Kamarudin
03/03/2021
06:07 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Indonesia Rina Gunawan Meninggal Dunia Selepas Alami Gejala Covid-19
Selepas seminggu dirawat di di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, Jakarta, selepas mengalami gejala virus Covid-19, penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia.
Bagaimanapun suami Rina, Teddy Syah berkata punca kematian isterinya itu belum disahkan samada disebabkan covid atau penyakit lain termasuk asma yang dihidapinya.
Katanya, Rina dimasukkan ke ICU sejak seminggu lalu namun tidak dapat dipastikan perkembangan terkini mengenai kesihatan isterinya itu sehingga Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Rina telah dikebumikan pagi tadi sekitar pukul 7.50 pagi (waktu tempatan) di Tanah Perkuburan Tanah Kusir.
Proses pengembumian Rina juga dijalankan mengikut protokol Covid-19 dengan petugas hospital yang memakai sut PPE.
Teddy yang turut berada di pusara isterinya turut mengenakan sut PPE berwarna putih dilengkapi pelitup muka dan pelindung kepala.
Rina atau nama sebenarnya Rina Mustikana Gumilang Gunawan memulakan karier nyanyiannya pada 1995 dan menghasilkan album berjudul Yudi pada tahun sama.
Allahyarham juga aktif sebagai sebagai pengacara dan merupakan seorang usahawan serta pernah membintangi beberapa sinetron.
Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Teddy pada 11 April 1999 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqshal Ilham Syafatullah dan Karnisya Rahmasyach.
Sumber: tribunnews.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar