Laman Utama

Penyanyi Ini Tipu Hidap Kanser & Kumpul Dana, Tapi Selamba Saman Netizen Sebab Komen ‘Sampah’

Maliah Surip
25/05/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Ini Tipu Hidap Kanser & Kumpul Dana, Tapi Selamba Saman Netizen Sebab Komen ‘Sampah’
Seorang penyanyi Korea Selatan, Choi Sung Bong menyaman beberapa orang pengguna media sosial selepas meninggalkan komen bersifat negatif dan jelik kepadanya.
Ironi, komen komen tersebut ditinggalkan warganet selepas mendapat tahu penyanyi berusia 32 tahun itu menipu tentang kesihatan dirinya.
Sung Bong yang meraih populariti selepas menyertai Korea’s Got Talent pada 2011, sebelum ini mendakwa telah menghidap kanser dan menjalankan kempen derma membantu mengumpul dana dalam usahanya berjuang bebas dari penyakit tersebut.
Namun ternyata ia hanya sebuah pembohongan dan warganet mula menyerangnya di media sosial dengan pelbagai komen buruk.
Tanpa rasa bersalah dengan pembohongannya, Sung Bong kemudian memutuskan menyaman warganet, lapor AllKPop.
Dalam laporan tersebut, pihak berkuasa mendedahkan salah seorang warganet yang disaman Sung Bong adalah kerana memanggil penyanyi itu sebagai ‘sampah’ pada foto dirinya memakai baju pesakit hospital palsu dan meminta dana dari orang ramai.
“Saya disaman kerana memanggilnya sampah selepas mengetahui dia berbohong. Ramai yang lebih susah dan sakit tertipu dengan membantunya.
“Saya menulis itu kerana berasa tindakannya memalukan. Dia rasa itu kejam tetapi tidakkah dia melihat tindakannya sendiri (menipu)?”lapor portal tersebut.
Seorang lagi netizen diketahui telah membuat laporan polis di Gangnam Police Station di Seoul selepas terpedaya dengan Sung Bong atas dakwaan penipuan selepas terpedaya dengan ‘penyakitnya’ dan menderma sebanyak RM530 kepada penyanyi itu.
“Sung Bong telah berbohong tentang penyakit kanser yang menyerang seluruh tubuhnya. Dia telah memperdayakan banyak orang termasuk saya untuk menderma menerusi kempen dana yang diminta.
“Walaupun selepas mengaku menipu dan memulangkan kebanyakan duit orang yang menderma, namun dia patut memikirkan perbuatan yang telah dilakukan sangat tidak bermoral,” kata mangsa penipuan tersebut.
Terdahulu Sung Bong diketahui berbohong dengan mendakwa menghidapi beberapa jenis kanser yang telah merebak ke seluruh tubuhnya pada tahun 2020.
Bagaimanapun selepas disiasat, semua dokumen klinikal termasuk uniform pesakit yang dipakai adalah palsu dan dia mengaku berbohong sehingga berjaya meraih simpati dan bantuan kewangan dalam kalangan peminatnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar