Laman Utama
Penyanyi Popular Didakwa Kahwin Senyap-Senyap, Isteri Dah Hamil Anak Luar Nikah?
Hello you alls, selamat pagi. Orang kata pagi-pagi elok ambil sarapan biar bertenaga nak buat kerja kan? Tapi Miss K pagi ni tak ada selera sangat la lepas dengar cerita tentang seorang penyanyi lelaki ni semalam.
Cerita ni daripada kawan Miss K tau, namanya Mak Eton. Mak Eton ni bukan calang-calang orang tau, semua gossip terpaling panas artis Malaysia di tahu ya.
Mak Eton pun bercerita la dekat Miss K tentang seorang penyanyi lelaki yang kononnya menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sana.
Kata Mak Eton, penyanyi itu baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis. Identitinya? Rahsiaaaa....
Miss K pun mulanya tumpang gembira, sekali baru nak ucap Alhamdulillah, Mak Eton bagi tahu gadis itu dikahwini penyanyi tersebut disebabkan sudah terlanjur! Terkejut beruk la Miss K masa tu.
Mak Eton bagi tahu lagi, mereka bernikah atas dasar terpaksa disebabkan nak tutup perut gadis berkenaan yang semakin 'membesar'.
Miss K dah la minat dengan lagu-lagu penyanyi itu, selalu suami Miss K nyanyikan lagu dia sebelum tidur. Tapi kalau dah keluar cerita-cerita macam ni, memang Miss K frustlah.
Apa-apa pun Mak Eton pesan, setiap orang ada baik buruk perangainya, andai benar dia bersalah harap perkara ini jadi pengajaran buat dia. Miss K pun tak la baik sangat, tapi Miss K doakan mereka bahagia selamanya.
P/S: Banyak sangat konsert artis Indonesia, semua pindah Malaysia jer lah.