Laman Utama

Penyanyi Rap, Penulis Lagu & Pendakwah, Jom Semak Fakta Mengenai Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

Izwan Isa
16/06/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Rap, Penulis Lagu & Pendakwah, Jom Semak Fakta Mengenai Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan berita gembira daripada aktivis dan bekas penyanyi, Mizz Nina mengenai ikatan pernikahan dengan jejaka pilihan bernama Essam Muhammad.

Menerusi kapsyen hantaran di Instagram, Nina memaklumkan yang dia telah bernikah dengan Essam pada suku kedua 2023 dan merancang untuk mengadakan resepsi perkahwinan di Malaysia.
BACA: Bawa Anak Tengok Kaabah ‘Real’, Ini Doa Mizz Nina Buat Musa…
Mungkin ramai yang ingin tahu, siapakah Essam? Essam merupakan seorang penyanyi rap keturunan Maghribi yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.
Selain bergelar penyanyi rap, Essam juga seorang penulis lagu terutama dalam genre hip-hop.
Difahamkan, Essam mula mencipta lagu seawal usia lapan tahun dan memulakan karier dalam muzik dengan meluncurkan klip video berjudul West Is My Home.
BACA: Mizz Nina Umum Nikah, Bakal Adakan Resepsi Di Kuala Lumpur
Essam kerap melakukan turut bergelar pengacara dalam membincangkan hal-hal yang pernah dialaminya sepanjang hidup.
Apabila meluncurkan karya sulung, Essam kerap menerima jemputan untuk membuat persembahan di banyak tempat. Selain itu, Essam turut melakukan aktiviti dakwah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Belanda dan Afrika Selatan.
Essam menerbitkan album kedua berjudul Chapter20six tiga tahun lalu yang dihasilkan dengan bunyian acapella.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar