Laman Utama

Penyanyi Yasin Bebas Tuduhan Dadah, Diperintah Masuk Ke Hospital Bahagia

Maliah Surip
29/11/2023
08:30 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Yasin Bebas Tuduhan Dadah, Diperintah Masuk Ke Hospital Bahagia
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun memerintah Muhammad Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak sehingga tempoh selama mana yang diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Walaupun dilepas dan dibebaskan atas alasan semasa kejadian sebagaimana yang didakwa tertuduh berada dalam keadaan mental yang tidak waras.
"Walaupun tertuduh sedar akan perbuatannya itu namun gejala-gejala yang dihadapinya pada masa itu menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang.

BERITA TRENDING: Yasin Sulaiman Tenang Diperintah Bela Diri 3 Kes Dadah

Maka mengikut Seksyen 348(1) Kanun Prosuder Jenayah, mahkamah memutuskan bahawa tertuduh diletakkan di bahaw jagaan Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348(2) Kanun Prosuder Jenayah," katanya ketika membacakan keputusan di sini, pada Rabu.
Selain ahli keluarga, turut hadir Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.
Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu diwakili peguam, Ariff Azami Hussein manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.
Sumber: AWANI
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar