“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Sejak kebelakangan ini, nama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin menjadi topik bualan susulan kontroversi dia sudah berkahwin dua.
Terbaharu, beberapa individu dipercayai ahli keluarga isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini tampil meluahkan perasaan berhubung isu sensasi tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, individu yang menggunakan nama @yungsbrna yang difahamkan anak saudara kepada Zalina mengakui sebak apabila mengenang nasib ibu saudaranya itu yang sudah 38 tahun menjaga hubungan rumah tangga selain berhak hidup bahagia.
“Jumpa video lama dalam draft telefon dan video ini buat saya rasa sebak bila tengok semula.
“Awak tak patut terima dugaan sebegini Mak Long (Zalina), awak layak dapat kebahagian lain di dunia ini.
“38 tahun awak menjaga keluarga, memberikan segala kasih sayang pada keluarga tapi ini balasan yang awak dapat? Lelaki bukan najis dan peyondol tak patut hidup bahagia di dunia ini,” katanya pada video tersebut.
undefinedTerdahulu, nama Zainal menjadi sebutan ramai apabila dia berkahwin sekali lagi bersama penyanyi Fyna Jebat. Bagaimanapun isu menjadi semakin hangat apabila dakwaan mengatakan Zainal seorang duda adalah tidak benar, namun sebaliknya dia masih bergelar suami kepada isteri pertama iaitu Zalina.
Keadaan bertambah teruk apabila baru-baru ini kedua-dua isteri Zainal berbalah di sebuah restoran sehingga membawa kepada kes Polis.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.