“Penyondol, Victim” - Bekas Isteri Luqman Hafidz Akhirnya Dedah Wajah Wanita Didakwa Pemusnah Rumah Tangga
Bekas isteri pelakon Luqman Hafidz, Nurul Atiqah Mad Apandi akhirnya mendedahkan wajah seorang wanita yang didakwa menjadi punca masalah rumah tangga mereka.
Selain wajah, Atiqah menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya juga turut menulis kapsyen ringkas yang menggambarkan wanita dikenali sebagai Eryn Gani itu merupakan orang ketiga dalam perkahwinan mereka.
“Penyondol, victim,” tulisnya ringkas.
Sementara itu di ruangan komen, netizen menyatakan bahawa wanita itu merupakan seorang pelakon yang pernah bergandingan bersama Luqman dalam sebuah drama.
BACA: “Kami Berpisah Cara Baik” - Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai Sejak Jun
Sebelum ini, Atiqah pernah memberi bayangan bahawa rumah tangganya goyah akibat gangguan orang ketiga.
BACA: Luqman Hafidz Jawab Orang Ketiga Punca Bercerai – “Saya Ada Ramai Teman Wanita Tapi…”
Terdahulu, Luqman dan Atiqah berkahwin pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak Perempuan, Eve Laura.
Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai dengan cara baik pada 31 Jun tahun lalu.