Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Peragakan Batik, Kota Paris Pilihan Fashion Show Sulung Syazia Atelier!

Amri Hassan 16/03/2024 | 05:25 MYT
Jenama fesyen tempatan, Syazia Atelier baru sahaja selesai mengadakan ‘fashion show’ pertama mereka di Place Vendom, Paris, baru-baru ini.
Menurut Datuk Suhaila Semaru selaku pemilik jenama Syazia Atelier, mereka berharap pertunjukkan fesyen yang baru sahaja berlangsung menjadi tanda aras baharu dalam mengembangkan perniagaan mereka.
“Kami baru sahaja ditubuhkan pada akhir 2023. Pada tahun 2024, jenama ini berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. Kami mulakan langkah dengan acara pertunjukkan fesyen di kota Paris.
“Paris adalah kota fesyen yang terkemuka di mata dunia. Jadi, kami memilih Paris untuk menjadi saksi pertunjukkan fesyen pertama kami,” kata Suhaila.

Syazia Atelier peragakan batik!

Mempersembahkan lapan koleksi resort mengetengahkan motif batik Malaysia yang diberi sentuhan moden, ia amat sesuai untuk pasaran antarabangsa.
“Kami berharap usaha kecil ini mendapat maklum balas positif untuk mengangkat seni batik kita di persada dunia. Semoga langkah Ini boleh meletakkan jenama Syazia Atelier untuk menembusi pasaran global
“Kenapa memilih batik? Saya anak jati Terengganu. Saya mahu tampilkan bakat tempatan yang mempunyai pelbagai idea kreatif. Pereka batik saya merupakan anak muda tempatan berbakat dan ini masa mereka bersinar.
“Dalam koleksi resort wear ini, kami menggunakan rona jingga dan merah jambu. Dua warna diramalkan sebagai warna kegemaran ramai pada tahun 2024 dan 2025. Selain itu, jenama ini juga baru sahaja memperkenalkan koleksi ‘ready to wear’ (RTW) untuk Hari Raya
“Kami berharap, jenama yang kami banggakan ini dapat bermula dengan baik di Malaysia dan seterusnya di luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.
#Gaya Hidup #Fesyen #Paris #Batik #Datuk Suhaila Semaru #Syazia Atelier
;