Laman Utama
“Perangai Suka Cantik-Cantik Walau Kedai Depan Rumah” – Hamil Anak Kedua, Isteri Tajul Syukur Tak Ada Alahan Teruk
Penyanyi Tajul dan isterinya, Nurul Shamieza Eddie bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsi Shamieza menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Shamieza, untuk kehamilan keduanya ini dia tidak memiliki alahan kecuali gemar bersiap.
“Alhamdulillah dah masuk 3rd trimester. Mommy Icaa bersyukur sangat, setakat ini tak ada apa-apa alahan.
“Cuma perangai suka pakai cantik-cantik walaupun nak keluar pergi kedai depan rumah je sangat menjaga rutin bahagian wajah.
“Orang kata pembawakan baby betul ke? Korang rasa baby girl lagi ke baby boy?” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mula meneka jantina bayi pasangan berkenaan.
Tajul dan Shamieza telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Adriana Carissa.