Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Perasaan Susah Nak Terangkan” - Lisa Surihani Nervous Jadi Hos MeleTOP, Tapi Ramai Yang Love

Mya Amri 14/07/2022 | 11:02 MYT

Pelakon Datin Lisa Surihani akui berasa gementar apabila diberi tanggungjawab menjadi hos untuk program MeleTOP pada Selasa.

Bagaimanapun Lisa yang diundang sebagai hos jemputan itu berjaya menggalas tugasannya dengan begitu baik.

Kata Lisa, agar sukar untuk menjelaskan perasaannya ketika mengacarakan program siaran langsung seperti itu.

“Alhamdulilah selesai tugasan sebagai hos jemputan bersama @amin_idris. Terima kasih @meletop sudi menjemput saya sempena episod Hari Raya Aidil Adha.

“Perasaan gementar untuk kendalikan sebuah rancangan siaran langsung ini susah nak terangkan, tapi alhamdulillah.

“Terima kasih bro @amin_idris kerana memberikan sokongan yang amat baik walaupun diminta bertugas pada saat akhir.

“Sama-sama kita doakan @nabilzira sembuh dan dikurniakan syifa’. Harapnya sambil penonton terhibur dapat juga hadam pengisian bermanfaat. Insya-Allah,” tulisnya.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani)

Lisa dan pakar motivasi, Amin Idris digandingkan bagi menggantikan Nabil yang mengalami masalah kesihatan ketika itu.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji dan menyukai cara penyampaian Lisa sewaktu menjadi hos.

Program MeleTOP bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

#Lisa Surihani #Meletop #Hos #Datin Lisa Surihani
;