Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Perbuatan Ini Jelas Haram" - Da'i Wan Dazrin Tempelak Aliff Syukri Kelentong Jual Topeng Muka Bocor?

Amri Hassan 19/04/2020 | 08:56 MYT

Pendakwah bebas, Da'i Wan Dazri menegur tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang memperdaya pengikut dengan menjual produk topeng muka tanpa mengikut piawaian sepatutnya.

Kata Wan Dazrin, tindakan Aliff yang menipu pelanggannya bersifat dosa besar dan haram di sisi agama Islam.
"Sesungguhnya Datuk Aliff Syukri telah menipu dengan Face Mask penjualannya.
"Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga.
"Perbuatan itu jelas haram dan jika dia teruskan maka dihukumkan pada zahirnya berdosa.
"Jika berterusan, maka ia akan menjadi bagian dari dosa besar, dan dia perlu bertaubat pada Allah swt dan meminta maaf pada semua yang telah mendengar marketing penipuan dalam penjualan produk Face Mask yang sangat 'Defective' dan mungkin akan mengancam nyawa buat siapa yang telah membelinya.
"Jelas, air menitis dengan laju (Bocor) walaupun hanya diletakkan sedikit sahaja. Kemudian, cepat-cepat disorokkan ketepi bila tampak kebocoran berlaku disitu dan mengatakan ia produk berkualiti. Sudahlah jual produk yang defective , kemudian menipu dalam penghebahan penjualan pula," kata Wan Dazrin.
Terdahulu tular sepotong video Aliff mempromosikan produk jualannya itu menerusi siaran langsung di Instagram dengan menunjukkan demonstrasi mencurahkan air ke topeng muka itu.
Kata Aliff, topeng muka itu mampu menyerap air namun malangnya air menitik keluar dari bawah topeng itu.
Perkara itu mencetuskan kemarahan netizen dan menyifatkan tindakan itu salah.
Justeru, Wan Dazrin memohon Aliff agar segera bertaubat dan berhenti menipu masyarakat.
"Sesungguhnya anda telah mencipta rantaian dosa yang tidak terperi jika berniaga seperti ini.
"Face mask adalah sangat penting, untuk membasmi kuman atau virus dari orang yang memakainya.
"Mana mungkin Face Mask yang dijual oleh Dato' Aliff tersebut dapat menjalankan peranan untuk melindungi orang lain dari si pemakainya dan ini merbahaya, bahkan mungkin akan terus memberi ancaman penyakit pada yang lain.
"Saya dibenarkan tegur terbuka dalam kes seperti ini kerana ia satu hal yang membawa keburukan pada semua.
"Datuk Aliff, sila hentikan penjualan produk Face Mask ini! Bertaubatlah kepada Allah swt, takutlah pada azab orang yang menipu dalam perniagaan," tambahnya.
Malah, Wan Dazrin mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan produk berkenaan.
"Kepada seluruh rakyat Malaysia, umumnya saya boleh mengarahkan kini, untuk berhentilah dari membeli produk dia ini dan belilah Face Mask yang mematuhi piawaian sahaja.
"Sesungguhnya dia telah menipu ketika berniaga, dan orang seperti ini tidak layak lagi dihormati dalam perniagaannya," ujarnya lagi.

#Aliff Syukri #Wan Dazrin #Face Mask
;