Laman Utama

“Percaya Rezeki Dengan Nikmat Bersabar”- Ika Nabella Sedih Ibu Kena Covid-19 Serentak Dengan Anak Jatuh Sakit

Syafiqah Jalal
20/02/2022
09:30 MYT
Sponsor Banner
“Percaya Rezeki Dengan Nikmat Bersabar”- Ika Nabella Sedih Ibu Kena Covid-19 Serentak Dengan Anak Jatuh Sakit
Pelakon Ika Nabella akui lemah apabila mendapat tahu dua orang yang paling disayangi jatuh sakit dalam masa yang sama.
Ika dikejutkan dengan berita ibunya yang kini disahkan positif Covid-19 selain anaknya juga kini yang ditahan di hospital kerana masalah kesihatan.
Pun begitu, Ika tetap percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Petang ni dapat khabar, ibu saya diuji dengan jangkitan Covid-19. Subhanallah tiada lain doa buat Mak tercinta yang jauh di Penang..
“Rasa lemah tiba-tiba anak sakit..mak positif..tapi sentiasa percaya pada rezeki Allah akan bagi nikmat bersabar dengan ujian—selalu pujuk hati.. “Ada rezeki besar nak datang insya-Allah.
“Bayangkan anak saya admitted, anak orang kuat saya the most trusted person in my company pun demam sampai suhu badannya naik 40 darjah,” katanya.
Ika berkongsi berita duka itu di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Ika tetap bersyukur kerana ibunya kini masih berada dalam keadaan yang baik dan tidak menunjukkan sebarang simptom yang serius.
“Harini Mak saya pula positif tapi saya bertuah mak saya berada dalam keadaan sihat. Cuma risau Ayah juga memang paling risau. Doakan Allah permudahkan semuanya untuk keluarga saya please,” pintanya.
Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.
Pasangan ini menimang cahaya mata lelaki Muhammad Noah Zayn yang berusia 3 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar