Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak Kena Saman Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

Maliah Surip 22/01/2023 | 11:45 MYT

Tidak kira apa jawatan atau pangkat anda, jika melanggar undang undang, tindakan akan diambil.

Itulah yang terjadi kepada Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak apabila ditahan dan disaman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
Menerusi satu video yang dirakamkan, Sunak sedang berada di dalam kenderaan di Lancashire dan tidak memakai tali pinggang keledar.
Waktu itu beliau yang duduk di kerusi penumpang dipercayai sedang mempromosi satu dana ketika lawatannya ke utara England dan dirakamkan dalam Instagram.
Penumpang yang disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan denda sebanyak RM465.
Pihak berkuasa kemudian mengeluarkan saman kerana ketua negara berusia 42 tahun tersebut kerana tidak mematuhi undang undang jalan raya.
“Beliau menyedari kesalahannya, meminta maaf dan akan membayar saman,” kata satu sumber seperti dilaporkan BBC.
Ini merupakan kali kedua Sunak menerima ‘notis kesalahan’ sepanjang menjadi perdana menteri.
Pada April tahun lalu beliau diberi notis saman bersama Boris Johnson dan isterinya, Carrie kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan apabila hadir ke majlis ulang tahun mantan perdana menteri di Downing Street pada Jun 2020.

#Viral #saman #Perdana Menteri #Britain #Rishi Sunak
;