Laman Utama
“Perempuan Kena Sidai Pakaian Dalam Di…”- Isu Viral Cium Sp*nder, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Untuk Wanita
Baru-baru ini tular apabila ada seorang warga emas yang melakukan aksi tidak senonoh apabila mencium pakaian dalam wanita di ampaian sambil beronani.
Isu tular itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata mengecam tindakan lelaki berkenaan.
Semalam, seorang influencer terkenal, Aisyah Hijanah tampil membincangkan mengenai isu tersebut dan menceritakan pengalamannya ketika menyidai baju di sekolah berasrama.
“Saya nak kongsi lah, ketika saya di asrama dulu, kami ni orang perempuan tak boleh sidai pakaian dalam tempat terbuka iaitu tempat orang senang nampak.
“Kami kena sidai di tempat yang tersorok contohnya kami ada bilik khas untuk menyidai pakaian dalam,” katanya.
Aisyah berkongsi perkara itu dalam sebuah video di kemas kini terbaharunya.
Tambah Aisyah lagi, tidak semua lelaki berfikiran waras dan meminta agar jika mahu jemur pakaian dalam di luar seelok-eloknya letak di bahagian dalam ampaian.
“Kita fikir nak gantung bagi kering, tapi tak semua orang fikir macam ni. Ada orang fikir untuk puaskan nafsu juga.
“Jadi selepas ni perempuan kena sidai pakaian dalam ni dekat tempat yang tertutup atau pun jika mahu sidai di luar letakkannya di bahagian dalam ampaian supaya tidak jelas kelihatan,” nasihatnya.