,
Gaya Hidup

“Pergh, Macam Hero Kabali” – Tampil Persis Model, Khairy Jamaluddin Digelar Rajinikanth Malaya

Azwa Rahman
02/10/2019
07:34 MYT
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencuri perhatian netizen apabila tampil seperti seorang model untuk sebuah majalah tempatan.
Menerusi laman sosial Facebook, Khairy yang mendapat jolokan ‘tall, dark and handsome’ itu menghiasi muka depan majalah Unreserved Media bulan September 2019.
Perkongsian di laman Instagram majalah berkenaan juga menunjukkan ahli politik berusia 43 tahun itu tampil eksklusif, maskulin dengan imej berjambang, persis model lelaki antarabangsa.
Selain tampil penuh bergaya, tatarias rambut terbaru Khairy juga memperlihatkan personaliti dan sisinya yang berbeza.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata wargamaya memuji penampilan Khairy itu yang disamakan seperti hero popular filem tamil, Rajinikanth.
Selain Unreserved Media, terdahulu wajah Khairy pernah menghiasi beberapa majalah popular tempatan seperti Maskulin dan Men’s Health.
Sumber foto: Instagram Unreserved Media & keithstyling
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

gempak
09/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Hiburan

Tak Pernah Minta Duit Netizen, Farid Kamil Anggap Musim Cerai Ada Kaitan Dengan Politik - “Awak Tak Perasan Ke Semua…”

gempak
31/10/2024
03:25 MYT
Pelakon Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.
Gaya Hidup

MY Gaya Month 2024 Martabatkan Barangan Buatan Malaysia

gempak
09/10/2024
18:26 MYT
Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) telah melancarkan kempen MY Gaya Month 2024, yang bertujuan untuk menonjolkan serta mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui produk fesyen, gaya hidup, dan pelancongan.
Gaya Hidup

Pertama Di Malaysia! Pereka Fesyen FM Group Gabung Teknologi AI Dalam Pertunjukan Fesyen Kebaya - "Kami Akan Guna Konsep Sama Dalam ..."

gempak
04/10/2024
05:30 MYT
Meskipun fesyen moden semakin popular, busana tradisional Melayu tetap kekal istimewa dan semakin diminati oleh generasi muda.
Unitar