Viral

“Pergi Jahanam Dengan Originaliti” - Individu Pertahankan Produk Sambal Nyet ‘Ciplak’, Anggap Meniru Tak Salah

Firdaus
28/12/2023
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Pergi Jahanam Dengan Originaliti” - Individu Pertahankan Produk Sambal Nyet ‘Ciplak’, Anggap Meniru Tak Salah
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai seorang usahawan yang didakwa meniru jenama Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming.
Disebabkan itu, Khairul Aming bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

BERITA TRENDING: Isu Sambal Nyet Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

Bagaimanapun, ada juga individu yang menyebelahi perbuatan tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan itu boleh diterima kerana dianggap hanya ‘meniru’ dan bukannya ‘menipu’.
“Pergi jahanam dengan originaliti. Kita semua belajar dengan meniru. Kononlah idea kita “asli” sangat. Padahal bisnes kita pun banyak cedok sana sini.
“Kalau dia cakap itu sambal Khairul Aming, itu salah. Tapi dia cakap itu bukan sambal Khairul Aming. Siap bagi nota terima kasih lagi.
“Tak salahlah meniru, yang salah menipu,” tulis individu itu. Kenyataan itu tidak disambut baik oleh netizen di mana rata-ratanya menganggap perkara yang diperkatakan sebagai sesuatu yang ‘bodoh’.
Antara komen yang diterima:
“Patut bodoh. Asyik meniru rupanya,”
“Tak penat ke jadi bodoh acah-acah pandai ni,”
“Suka buat kenyataan tak pakai otak dan tiada akal fikiran semata-mata nak tarik perhatian je.”
Sekadar info, produk tiruan yang diberi nama Sambal Nyet Khairi sebelum ini mengelirukan orang ramai dengan rekaan bungkusan yang hampir 100% sama dengan yang asal.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar