Laman Utama

“Pergi Jumpa Doktor, Doktor Kata Tak Ada Sakit Apa-Apa…” – Mawi Dedah Pernah Terkena Penyakit Misteri

Fiza Kamarudin
29/11/2021
03:37 MYT
Sponsor Banner
“Pergi Jumpa Doktor, Doktor Kata Tak Ada Sakit Apa-Apa…” – Mawi Dedah Pernah Terkena Penyakit Misteri
Penyanyi dan pengarah, Mawi mendedahkan pernah terkena penyakit misteri menyebabkan dia terpaksa berehat seketika dari dunia seni.
Mawi berkata, perkara tersebut berlaku sekitar tahun 2015 dan pergi menjalani pemeriksaan doktor, namun disahkan tiada menghidap apa-apa penyakit.
“Benda ni berlaku ketika saya sedang menggosok gigi dan darah tiba-tiba tidak berhenti keluar. Pada mulanya saya sangkakan ia perkara biasa.
“Bila kita gosok gigi, gusi berdarah itu kan biasa. Tapi bila saya berkumur darah tetap tak berhenti keluar.
“Hari ke hari jadi makin teruk pula sampai saya susah nak tidur. Akhirnya saya cepat-cepat ke hospital. Apa yang pelik, pemeriksaan kesihatan dilakukan tetapi doktor tak dapat mengesan apa-apa penyakit,” katanya.
Perkongsian Mawi itu dilakukan pada sesi Instagram Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Dalam sesi yang dikendalikan oleh bekas wartawan Melodi, Nik Syafiq dan bekas wartawan Muzik Muzik, Mohd Faris melalui akaun Instagram @wartawanhiburan (WHAM) itu, ia diadakan bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang bakal berlangsung 10 Disember ini.
Bercerita mengenai kerjayanya dalam bidang pengarahan, Mawi mendedahkan penglibatannya dalam dunia pengarahan adalah satu perkara yang tidak dirancang.
“Pada awalnya, saya memberanikan diri mengarah drama sebelum beralih kepada filem. Drama pertama arahan saya berjudul Ibu Pak Nil Kirim Salam. Skripnya adalah tulisan saya sendiri.
“Apabila dah siap skrip, masa nak cari pengarah saya terfikir saya dah buat skrip dan apa salahnya saya yang mengarah. Akhirnya saya mengarahkan karya tersebut bersama pengarah Jamal Khan. Dia yang banyak mengajar saya.
“Selepas itu, saya mula mengumpul ilmu dan mahu mengarah filem pula. Saya berkenalan dengan Syamsul Yusof dan banyak belajar dengan dia. Akhirnya, saya muncul dengan filem Tiada Tajuk yang bergenre komedi dan agama,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar