Perhimpunan Agung UMNO Diluluskan MKN! Ada Netizen Yang Tak Senang Duduk, Risau Sekiranya...
Menurut Ahmad Maslan, perhimpunan akan dijalankan secara hibrid yang menggabungkan kehadiran fizikal di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan secara maya di 190 bahagian di seluruh negara kecuali Sarawak.
Susulan kenyataan tersebut, rata-rata netizen dilihat memberi reaksi bercampur baur.
Biarpun ada yang menyokong, namun ramai juga yang membantah perhimpunan itu dijalankan.
Kebanyakan mereka bertanggapan, bakal ramai yang akan merentas negeri untuk menghadiri perhimpunan ini.
“Risau la mesti ada rentas negeri nak datang tu.”
“Harap jaga jarak, jangan ramai-ramai sudah lah.”
“Nanti ada gerai jualan ke tidak” tulis beberapa netizen.
Walau bagaiamanapun, Ahmad Maslan dalam kenyataannya semalam menjelaskan perhimpunan akan diadakan dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan.
"UMNO akan menambah anggota keselamatan seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Skuad Sabil," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut Ahmad, perhimpunan kali ini tidak menjemput pemerhati awam dan bukan perwakilan serta tiada gerai jualan dan kenderaan tamu saji dibenarkan beroperasi sepanjang perhimpunan berlangsung.
"Perbahasan adalah berkaitan ucapan dasar ketua-ketua sayap dan ucapan dasar presiden. Ucapan dasar mereka akan menyentuh isu berkaitan politik, ekonomi, sosial, agama, antarabangsa dan isu semasa seperti COVID-19 dan vaksin," katanya.
Difahamkan, perhimpunan yang akan menarik perhatian banyak pihak itu menerima permohonan liputan daripada 42 agensi media cetak dan elektronik.
Anda boleh lihat kenyataan penuh Ahmad Maslan di bawah:
Kenyataan Media saya selaku Setiausaha Agung #UMNO Malaysia mengenai Perhimpunan Agung UMNO #PAU2020. TkasihBertarikh: 23 Mac 2021 pic.twitter.com/vMOhASRwtD— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) March 23, 2021