Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Perit & Sakit Hilang Dia Tiba-Tiba Takkan Sembuh" - Catriona Ross Kenang Pemergian Ibu Dalam Nahas Ngeri 2013

Amri Hassan 21/09/2020 | 04:45 MYT
Pelakon Catriona Ross mengakui kehilangan ibu tercinta, Siti Zawiyah Ab. Rahman dalam kemalangan jalan raya pada tujuh tahun lalu masih terkesan hingga kini.
Kata Cat, pemergian ibunya menjadi titik perubahan dalam hidupnya hingga kini.
"What hurts me the most in life was when I lost Mom in a car crash in 2013.
"Perit dan sakit kehilangan dia secara tiba-tiba, sejujurnya, belum sembuh. Mungkin takkan sembuh. After all, she was my best friend," katanya.
Begitupun kata pelakon filem Mistik itu, dia akur dengan ketentuan Ilahi dan reda dengan pemergian ibunya itu.
Malah, kenangannya bersama arwah masih membekas di rumah lama mereka.
"Realitinya, kehidupan perlu diteruskan.
"Ini dahulunya pernah menjadi rumah kami. Tempat jatuh lagikan dikenang, apa lagi tempat bermain. Ini kan pulak tempat bermanja," tulisnya sayu.

What hurts me the most in life was when i lost Mom in a car crash in 2013. Perit dan sakit kehilangan dia secara tiba-tiba, sejujurnya, belum sembuh. Mungkin takkan sembuh. After all, she was my best friend. . However,reality is,life goes on. This was once our family house. Tempat jatuh lagikan dikenang, apa lagi tempat bermain. Ini kan pulak tempat bermanja ...

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Mengimbas semula, ibu Catriona meninggal dunia ketika dalam perjalanan bersama rombongan untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar madrasah di Kedah.
Kemalangan maut itu berpunca dari tindakan pemandu memotong beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas ketika menuruni bukit berhampiran Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat di Gerik kira-kira jam 1 pagi.
Kereta mangsa gagal mengelak sebelum merempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan.
Akibatnya, kereta mangsa terseret sebelum berpusing dan terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan.
Catriona juga pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2007 yang menyebabkan kedua belah kakinya patah selain kecederaan di kepala dan badan.
#Kemalangan #Catriona Ross #Ibu
;