Viral

Perjalanan Perniagaan Hampir 50 Tahun Berakhir, Pemilik Kedai Jahit Pilih Untuk Berehat

Ainun
21/12/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Perjalanan Perniagaan Hampir 50 Tahun Berakhir, Pemilik Kedai Jahit Pilih Untuk Berehat

Tular sebuah video di aplikasi Instagram dimana seorang pemilik kedai jahit Syarikat Fah & Co berkongsi permis perniagaannya akan ditutup pada 22 Disember ini selepas lebih 50 tahun beroperasi.

Menerusi video yang berdurasi satu minit 27 saat itu menunjukkan pemilik kedai itu mahu berehat dari meneruskan perniagaannya yang telah beroperasi hampir sedekad.

Jelas pemilik kedai tersebut, perniagaan menjual peralatan menjahit itu bermula selepas Perang Dunia Kedua yang diusahakan oleh ayahnya.

“Saya sudah menjalankan perniagaan menjual peralatan menjahit hampir 50 tahun.

“Ianya bermula dari ayah saya selepas perang dunia yang kedua. Saya masih ingat lagi, saya balik dari sekolah untuk membantunya menjalan perniagaan ini,” katanya.

Namun, selepas tahun 2000, pemilik kedai itu mengakui jualan mula merosot apabila semakin ramai orang beralih kepada pakaian siap yang mudah dibeli secara dalam talian.

Ditambah pula dengan kehadiran Covid-19 pada ketika itu, dia menyatakan mereka terpaksa menutup kedai buat sementara waktu dan menganggapnya sebagai salah satu cabaran terbesar yang pernah dihadapinya.

“Kebanyakkan orang zaman sekarang ini sudah tidak membeli barangan menjahit lagi sebab mereka boleh beli kesemua barangan itu atas talian sahaja.

“Ketika era 80-an, semua barangan menjahit menjadi perhatian ramai tapi selepas tahun 2000, semuanya perniagaan menjadi perlahan terutama sekali ketika waktu PKP.

“Itu merupakan salah satu cabaran yang sangat besar sebab masa itu semua perniagaan terpaksa ditutup dan keuntungan kedai menurun serta-merta,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Raih RM12 Juta, Ramai Puji Filem Kahar: Kapla High Council - “Terbaik, Ini Pun Dah Sangat Membanggakan”

BERITA TRENDING: Joss Stone Terkejut Hamil Lepas Dua Minggu Ambil Anak Angkat

BERITA TRENDING: Pemain Drum A.C.A.B Rebah Di Pentas, Konsert Terpaksa Dihentikan Sementara

BERITA TRENDING: Amar Baharin Dedah Amyra Rosli Pertama Kali Rasa Pengalaman Keguguran, Usia Kandungan Baru Cecah 1 Minggu – “Sebelum Ini Hanya Dengar Orang Bercerita”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila pemilik kedai tersebut mengumumkan kedai itu akan ditutup buat selama-lamanya.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024