Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Perkara Pertama Saya Fikir Adalah..." - Azhan Rani Kongsi Pengalaman Mendaki Everest Base Camp

Asraf Aided 19/09/2019 | 10:34 MYT
Pelakon Azhan Rani berkongsi pengalamannya mendaki Everest Base Camp di Nepal baru-baru ini.
Menurut Azhan, ekspedisi tersebut bermula pada 31 Ogos lalu, sampai ke puncak Kala Patthar pada 9 September, berjaya sampai ke Base Camp pada 10 September dan pulang ke Malaysia pada 17 September lalu.
"Perkara pertama yang saya fikir ketika sampai di puncak pendakian itu adalah rasa syukur dan menginsafi diri.
"Banyak perkara yang saya lihat sepanjang perjalanan ke puncak, saya lihat ribuan golongan hidup dalam serba kekurangan yang tinggal di kawasan perkampungan di situ.
"Mereka tidak mempunyai kemudahan dan kelengkapan seperti kita, kereta pun mereka tidak pernah naik, malah ada yang tidak pernah melihat kereta," ujarnya.
Azhan berkata demikian ketika ditemu bual selepas majlis pelancaran filem Rise To Power bertempat di Concubine KL, Kuala Lumpur malam tadi.
Dalam pada itu, Azhan juga menceritakan beberapa masalah lain yang dihadapi seperti mengalami hilang selera makan, mual dan loya sepanjang pendakian tersebut.
"Selain itu, saya juga mengalami masalah hilang selera makan, mual, loya dan pening ketika proses pendakian tersebut.
"Saya ada mengalami muntah lebih kurang sebanyak sebelas kali, sembilan kali ketika mendaki, dan dua kali ketika turun, namun saya bersyukur dan gembira kerana berjaya lakukannya," tambahnya.
Rise To Power merupakan filem prekuel dari siri KL Gangster underworld sebelum ini.
Selain Azhan, Rise To Power turut dibintangi oleh Dynas Mokhtar, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Beto Kusyairi dan banyak lagi.
Filem ini boleh ditonton di iflix bermula hari ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#Azhan Rani
;