Berita
“Permit Kerja Rayhan Kabir Dah Dibatalkan, Dia Perlu Serah Diri Sebelum Diusir Balik Ke Negara Asal!” – Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan permit kerja lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya.
Abdul Hamid berkata, Rayhan perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya.
"Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.
Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.
Sumber: Harian Metro
Artikel berkaitan:
- Kenyataan Pemuda Bangladesh Ini Kepada Al-Jazeera, Guris Hati Rakyat Malaysia
- Warga Bangladesh Dikenal Pasti, Jabatan Imigresen Buru Rayhan Kabir