Laman Utama

Pernah Bercerai! Alicia Amin Belum Ready Fikir Soal Cinta - "Saya Nak Cuba Untuk ..."

Asyikin Mayudin
24/04/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Bercerai! Alicia Amin Belum Ready Fikir Soal Cinta - "Saya Nak Cuba Untuk ..."
Pelakon dan model terkenal Alicia Amin memberitahu buat masa kini dia tidak mahu memikirkan soal cinta atau pengganti memandangkan dirinya baru sahaja melalui fasa perceraian.
Menurut Alicia, dia mahu lebih memberi tumpuan kepada dirinya dan mahu meletakkan sasaran untuk mengembangkan kerjaya di luar negara.
“Kalau ada yang cuba untuk mengejar itu, saya tak tahu… kalau ada pun, saya takkan tahu. Lagipun, saya baru saja bercerai dalam sebulan yang lalu.
“Jadi siapa saja yang berani… macam pelik sangat kan. Saya rasa, buat masa ini saya nak relax dahulu dan fokus dengan kerja dan kehidupan saya.
“Bukan nak cakap masa kahwin, saya tak boleh nak fokus tapi memang naturally bila dah kahwin, memang akan ada fokus terhadap rumah tangga.
“Jadi, untuk saya sekarang benda itu dah tak ada, jadi saya mahu fokus pada diri sendiri dan kerja. Saya nak cuba untuk kembangkan kerjaya ke Indonesia, Amerika ke UK ke,” katanya kepada Gempak.
Selain itu, Alicia berkata dia tetap dengan perancangannya dan tidak akan mengubah apa-apa biarpun pada masa yang sama ada orang yang cuba mengenalinya.
“Kalau ada orang nak kenal pun dalam masa ini, saya tetap akan buat apa yang saya sudah rancang dan nak capai. Saya takkan ubah perancangan saya.
“Jadi, saya rasa no point juga la kalau orang nak kenal dengan orang macam saya sekarang ini,” ujarnya.
Untuk rekod, Alicia pernah mendirikan rumah tangga dengan doktor perubatan, Farzan Iqbal pada Februari tahun lalu dan pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun pada awal Mac lalu, Alicia mengesahkan sudah bercerai talak satu dan keputusan itu terjadi selepas berbincang secara baik selain memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar