Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pernah Berdepan Anxiety Ketika PKP, Amy Search - “Tiba-Tiba Menangis, 3 Pagi Bangun…”

Shahrin Zulkifle 14/03/2023 | 12:00 MYT

Penyanyi rock Datuk Amy Search tidak dapat menahan air mata apabila berkongsi semula detik berdepan masalah anxiety (kemurungan) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Menurut Amy, dia tidak pernah menyangka akan mengalami masalah tersebut, namun perlu melawan agar tidak menjejaskan kesihatannya.

“Tak pernah tahu pun ada masalah anxiety (kemurungan), tapi saya rasa macam perasaan itu sesuatu.

“Saya dah empat dekad dalam industri ini, turun naik saya, banyak yang saya melalui. Ada juga momen yang teruk. Kadang-kadang pukul tiga pagi saya bangun berjalan di beranda.

“Saya tak boleh nak drag masalah itu terlalu lama, kerana risau akan memberi kesan kepada diri saya, jadi saya perlu lawan masalah itu.

“Ketika berada di luar bersendirian saya akan rasa masalah itu, tiba-tiba je menangis. Tetapi kalau saya sibuk dengan rheasal masalah itu tiada, sebab sibuk dengan kerja.

“Banyak fasa teruk yang saya lalui sepanjang hidup, tapi masalah anxiety ini lain rasanya,” katanya kepada Gempak.

Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran buku berjudul Senandika: Bercakap Seorang Diri karya Maliah Surip yang diadakan di Cyberjaya pada Selasa.

Bagaimana pun, kata pelantun lagu Isabella itu dia enggan mendapatkan rawatan susulan kerana dikhuatiri bertambah bimbang. Malah, masalah itu tidak pernah didiagnosis oleh doktor.

“Saya tak pernah pun pergi berjumpa doktor untuk check masalah itu, kerana saya khuatir kalau saya pergi nanti bila doktor beritahu saya akan lebih takut dan risau.

“Malah dengan isteri saya sendiri saya tak pernah kongsika masalah yang saya hadapi ini. Saya cuba selesaikan sendiri.

“Saya juga memilih untuk tidak membaca komen-komen daripada netizen sebab adakalanya ia menyakitkn hati saya dan buat saya sakit kepala semula. Banyak komen-komen jahat yang bila saya baca ia menyakitkan hati,” tambahnya.

#Novel #Amy Search #Maliah Surip #Senandika: Bercakap Seorang Diri
;