Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pernah Berniat Nak Potong Perut, Janna Nick Lebih Selesa Pilih Cara Selamat; “Banyak Jalan Pintas, Tapi…”

Shahrin Zulkifle 11/01/2023 | 09:00 MYT

Pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan dirinya pernah memasang niat untuk menjalani pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas untuk menguruskan badannya.

Pun begitu, kata pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner, 28, niat tersebut tidak ‘ditunaikan’ kerana dia memilih untuk kurus dengan cara yang lebih sihat iaitu dengan melakukan senaman dan menjaga pemakanan.

“Saya pernah terfikir untuk kurus dengan melakukan jalan pintas (proses bariatik), tapi pada saya lebih baik lakukan diet dan exercise, itu lebih sihat dan bagus.

“Namun saya ada masalah kekangan masa kerana jadual kerja yang padat sampai tiada masa nak exercise.

“Sekarang banyak cara untuk kurus, saya boleh pilih jalan pintas kalau saya mahu tapi saya utamakan kesihatan. Apa pun saya happy dengan keadaan fizikal yang sekarang.

“Saya yakin boleh kurus kalau tengah break penggambaran, tapi kalau sibuk dengan shooting agak susah,” katanya kepada Gempak.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam masa sama, pelantun lagu Gatal itu menjelaskan dirinya tidak terkilan mahupun terasa dengan cakap nakal netizen yang menegur dirinya kelihatan gemuk.

“Masyarakat dah letakkan beauty standard, sudah ada ‘pandangan cantik’ di mata mereka dan sebagai public figure kami (selebriti) perlu ikut standard tersebut.

“Untuk saya, tidak terkilan langsung dan tidak juga terasa, malah saya ambil ia sebagai pembakar semangat untuk saya,” tambahnya.

Terdahulu, Janna sering menjadi mangsa body shaming oleh wargamaya apabila ada yang memanggil dirinya gemuk dan memiliki peha besar sehingga aktres tersebut merasa sedih dan tersinggung.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Janna Nick #Kurus #Potong Usus #Gatal
;