Hiburan

Pernah Dikecam Teruk Upload Gambar Dengan Fattah Amin, Wanna Ali Lebih Hati-Hati - "Sejak Itu, Saya Sedar Perlu Lebih Peka ..."

Ernalisa
06/01/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Dikecam Teruk Upload Gambar Dengan Fattah Amin, Wanna Ali Lebih Hati-Hati - "Sejak Itu, Saya Sedar Perlu Lebih Peka ..."
Pelakon Wanna Ali tidak mahu dirinya terus terpalit dengan kontroversi yang boleh menjejaskan imej dan kariernya.

BERITA BERKAITAN: Wanna Ali Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Ketika Di Set Pengambaran - “Sebenarnya Kalau Di Set Dia Suka….”

BERITA BERKAITAN: Gemar Kongsi Konten Menghiburkan, Rupa-Rupanya TikToker Hadrey Ali Disahkan Pesakit Mental - “Tak Mampu Tanggung Dah…”

Katanya seboleh-bolehnya dia tidak mahu mencalarkan imej bersih pada tahun baharu demi mengecapi populariti dalam sekelip mata.
" Saya pernah terpalit isu memuat naik gambar bersama Fattah dan kisah itu saya tidak mahu ingat lagi dan saya belajar kesilapan yang pernah saya lakukan.
"Secara peribadi saya rasa kontroversi itu tidak perlu. Lebih baik kita naik slow-slow tapi nama kita terjaga," katanya.
Berkongsi mengenai pengalaman yang banyak mengajarnya pada tahun lalu, Wanna mengakui, perlu lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.
Wanna berkata, dia pernah diserang teruk oleh netizen selepas memuat naik gambar bersama Fattah sehingga menyebabkannya putus asa.
"Saya ingat lagi saya teruk dikecam gara-gara memuat naik gambar di set penggambaran sebuah drama bersama Fattah Amin.
"Tetapi ketika itu saya tiada niat lain,cuma nak promosikan drama lakonan kami. Sejak kejadian itu saya sedar yang saya lebih perlu peka dalam sesuatu isu.
"Kini bukan masa saya untuk menoleh ke belakang lagi. Saya mahu focus untuk mengukuhkan nama saya dalam lakonan.

"Apa yang pernah berlaku mungkin kesilapan saya dan semua itu saya jadikan pengajaran untuk tahun baharu," katanya.

Kata Wanna lagi, sempena awal tahun 2025 ini dia enggan namanya terkait dengan mana-mana gosip mahupun kontroversi.
"Saya kalau boleh tidak mahu peminat kenal saya dengan cerita negatif dan bukan bakat yang saya pertaruhkan.

" Jika boleh saya tak mahu kisah lama saya diungkit lagi," ringkas Wanna.

Tahun lalu, Wanna teruk dikecam apabila pelakon itu dilihat memuat naik gambar bersama Fattah selepas beberapa jam Fazura memfailkan penceraian.
Disebabkan kisah itu, Wanna bertekad mahu membuktikan dirinya mampu mencipta nama dalam industri hiburan tanpa terpalit dengan sebarang cerita yang kurang enak.
Dia turut menyimpan hasrat ingin kekal lama dalam bidang seni dan sama sekali tidak mahu melakukan perkara yang boleh mencalarkan imejnya sebagai pelakon.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024