Viral

Pernah Ditegur Ketika Kunjungi Al Ula, Zul Ariffin Kongsi Kisah Di Sebalik Lawatannya Ke Kota Itu

Izwan Isa
10/04/2024
13:00 MYT
Sponsor Banner
Pernah Ditegur Ketika Kunjungi Al Ula, Zul Ariffin Kongsi Kisah Di Sebalik Lawatannya Ke Kota Itu
Pelakon Zul Ariffin akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai lawatannya ke Kota Al Ula sekitar penghujung tahun lalu.
Menerusi temu bual pada program Borak Dulu Baru Kamu (BDBK), pelakon utama filem Sherif itu berkata, pemergiannya ke sana hanyalah sekadar untuk belajar dan mengambil iktibar terhadap apa yang pernah berlaku.

Tidak berada lama

“Tempat-tempat yang diturunkan musibah tidak digalakkan pergi. Melainkan kita nak belajar sesuatu dan mahukan kesedaran. Put it this way… Mereka (netizen) bercakap tapi mereka tidak sedar, 98 peratus yang bercakap itu tidak pernah pergi ke sana. Secara geografi, mereka pun tidak tahu di mana letaknya Al Ula.
“Ketika kami pergi, kita hanya berada di lokasi pada waktu Asar dan kembali semula ke dalam bas sebelum Maghrib. Maksudnya, kita tidak stay di sana. Kita tak lepak, tak minum kopi, tak order sebarang minuman.
“Bas sampai ke lokasi, kita tengok-tengok tempat sikit dan masuk ke bas semula dan terus beredar. Maksudnya mereka tidak tahu apa yang mereka bualkan,” ujar Zul.
Zul mengulas mengenai teguran yang diterima ketika memuat naik beberapa keping gambar sewaktu berada di tempat berkenaan.

Belajar

Tambahnya, keberadaan dia di sana membuatkan dirinya belajar tentang hal-hal yang tidak diketahui seperti perihal pertembungan budaya yang berlaku pada zaman-zaman terdahulu.
“Saya nak tahu dulu zaman apa. Kalau saya tidak pergi, saya tidak tahu pada bahagian atas Hegra ada tulisan Aramic, ada tulisan Greek. Jadi pelanggaran budaya ini waktu bila? Kita tanya orang tu (yang membawa rombongan) dan dia quote sebiji-sebiji daripada Al-Quran.
“Saya rekod, takut lupa. Dan dia menjelaskan beberapa perkara daripada beberapa surah. Yang orang Malaysia ingat kita buat apa main boling kat sana? Mana ada saya lepak kat sana, tak buat content pun. Tapi takkan tak tangkap gambar,” tuturnya.

Bufet

Dalam masa sama, Zul juga menjelaskan supaya tidak menjadikan agama seperti ‘hidangan bufet’.
“Takkan saya nak terangkan sebiji-sebiji yang saya ke sana saya belajar perkara-perkara baharu. Baik dari segi orang yang tak tahu, orang yang tahu pun nak betulkan. Tak payah betulkan.
“Kalau pergi Youtube, ramai orang Malaysia pergi sana buat lawatan. Senang cerita macam ni, kamu nak tala (hentam) saya cakap sahaja. Semua nak betulkan diri masing-masing tapi lidah tu tutup kejap.
“Jangan treat agama macam bufet… yang mana kamu nak makan kamu ambil, yang mana kamu tak nak makan kamu biarkan. Kita punya agama bukan bufet. Kalau kita tak dapat penuhi benda tu, diam,” tutup Zul.

ARTIKEL BERKAITAN: Penolong Professor Kongsi Mengenai Kota Larangan, Al Ula - “Yang Tidak Digalakkan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mahu Tangguh Perkara Baik, Zul Ariffin Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Akhir Tahun Ini?

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar