Pernah Hanya Untung RM3 Sehari & Hampir Putus Asa, Nasib Malang Pakcik Cendol Ini Akhirnya Berubah Gara-Gara...
Siapa sangka daripada hasil keuntungan hanya mencecah RM3 sehari, nasib seorang warga emas ini berubah gara-gara viral di media sosial.
Kisahnya bermula apabila seorang pramugari, Fatin Shabirah tampil membuat satu posting di Twitter sebagai hebahan mengenai perniagaan warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Ghani.
Difahamkan, Pakcik Ghani pada awalnya hampir putus asa kerana perniagaan cendolnya semakin merudum.
Namun, situasi itu mula berubah apabila perniagaan Pakcik Ghani mula dikenali selepas mendapat perhatian netizen di Twitter.
“Assalamualaikum, jom kita sama-samma bantu pakcik ni.
“Pakcik ni jual cendol dan rojak. Umur 67 tahun masih berniaga nak tampung hidup.
“Paling sedih kaki pakcik ni patah tapi masih juga buat rojak dan cendol.
“Pernah berniaga seharian tapi dapat RM3 je. Anda boleh Waze Super Seven Lembah Maju,” kata Fatin menerusi beberapa posting di Twitternya.
Difahamkan, jualan cendol serta rojak Pakcik Ghani laris selepas viral.
Pada anda yang ingin membantu Pakcik Ghani boleh lah cuba!