Hiburan

Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi

Amri Hassan
04/05/2024
10:07 MYT
Sponsor Banner
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
Mengulas tentang perlantikan itu, Riezman akui ia merupakan satu penghormatan dan bertindak untuk membantu menjayakan kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA.
“Insya Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya.

Pendapatan tinggi di TikTok

Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA.
“Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif.
“Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya.
KSIA kini mampu berbangga kerana berjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial tersebut.
Selain dinaungi 1,300 live host TikTok di Malaysia, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Indonesia dan Singapura apabila memiliki 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub agensi secara keseluruhan.
“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami.
“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mereka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini.
“Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya.

Live host

Apa yang membanggakan, kata Pakcik Cin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).
KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok antaranya Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Acong Sweetchild.

Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2023

Bagi meraikan pencapaian KSIA mengukuhkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara, sebuah penganjuran acara berbentuk anugerah iaitu KamiSempoi Golden Award 2023 telah diadakan di Exhibition Hall, Pavilion Bukit pada 20 April lalu.
Sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).
Pakcik Cin Swee berkata, selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat merfeka menganjurkan acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan mereka yang telah bekerja-keras selama ini.
“Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini.
“Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah yang pertama di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar