Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Pernah Ke Gymnasium Dua Kali Sehari" - Shiha Zikir Kongsi Rutin Kecergasan

Asraf Aided 01/04/2020 | 07:51 MYT

Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir berkongsi tips kecergasan yang diamalkan dalam kehidupan hariannya.

Menurut Shiha, dia sentiasa mengamalkan senaman untuk membakar kalori lebihan dari pemakanan seharian.

"Saya sejenis orang yang tak boleh duduk diam, saya selalu mengamalkan senaman sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap sesi, pernah suatu ketika saya pergi ke gymnasium dua kali sehari.

"Bagi saya, kita harus sentiasa bakar semula kalori selepas beberapa kali makan dalam sehari," katanya.

Shiha berkata demikian ketika berbual secara langsung dalam segmen #ArtisDudukDiam di Instagram Astro Gempak pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shiha menambah, disiplin dan kemahuan yang tinggi merupakan aspek penting dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.

"Tak dinafikan, kadang-kadang memang ada rasa malas untuk bersenam, tetapi apapun, kita harus mempunyai disiplin dan kemahuan yang kuat dalam diri.

"Zaman sekarang, terdapat banyak platform yang boleh digunakan untuk dibuat rujukan seperti YouTube dan pelbagai aplikasi, ia memudahkan lagi kita untuk bersenam walaupun ketika berada di rumah," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Shiha bakal melancarkan single terbarunya yang menampilkan konsep tarian tidak lama lagi.

Difahamkan, muzik video lagu tersebut akan menampilkan kumpulan Team Squad yang mengiringinya ketika berentap di pentas Dansa Dan Sing.

#Penyanyi #Penyanyi #Shiha Zikir #Senaman
;