Laman Utama

Pernah Kena 'Cuit', Baby Shima Sindir Zhiddin Aziz 'Terpaling Ikon'!

Amri Hassan
17/11/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Kena 'Cuit', Baby Shima Sindir Zhiddin Aziz 'Terpaling Ikon'!
Pernah berbalas perang di media sosial tahun lalu, kontroversi yang melanda anak Allahyarham Aziz Desa, Zhiddin Aziz memberi ruang buat penyanyi Baby Shima menempelak jejaka terbabit.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Shima tampil mengulas mengenai kisah viral tentang Zhiddin yang didakwa memplagiat karya juara pemidato dunia, Khairul Afsan.

BERITA TRENDING: Anak Arwah Aziz Desa Didakwa Ciplak Teks Juara Pemidato Dunia, Abang Tampil Beri...

"Dahlah menangis tak dapat anugerah, lepas tu menciplak karya orang pula tu. Katanya ada harga diri, meniru karya orang tu ada harga diri ke?
"Macam tu ke influencer? Patutlah tak boleh menang anugerah," ujar Shima bersama paparan skrin artikel yang disiarkan di sebuah portal hiburan pada Khamis.
Pesan Shima agar Zhiddin tidak lagi sibuk mengulas isu individu lain hingga lalai dengan kelemahan sendiri.
"Lain kali jangan sibuk hal orang. Padan muka. Orang tak kacau kau, nak sibuk sangat kacau Shima. Terpaling ikon.
"Jagalah tepi kain orang jangan asyik suka buat konten tentang hal orang lain dan jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak," tambah Shima lagi.
Terdahulu, kisah Zhiddin didakwa memplagiat beberapa teks pidato ketika melatih juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011 Kategori Nusantara tular di media sosial.
Begitupun, Zhiddin telah membuat permohonan maaf terhadap Khairul.
Mengimbas semula sekitar tahun 2022, Zhiddin pernah mengulas dan 'menyekolahkan' penggunaan ayat serta tatabahasa Baby Shima satu hantaran di TikTok.

PILIHAN PEMBACA: Oh Rupanya Zhiddin Aziz Anak Ikon Penyiaran, Allahyarham Aziz Desa…Patutlah Petah Bercakap...

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar