,
Laman Utama

Pernah Tular Bagi Makan Anjing, Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

Syafiqah Jalal
27/03/2023
01:41 MYT
Beberapa tahun lalu nama Faiz pernah tular selepas dipuji memberi makan kepada sekumpulan anjling liar terbiar.
Platform media sosialnya mula popular dan kini telah mula digelar pempengaruh apabila berjaya menjana pendapatan menerusi reviu pengiklanan pelbagai jenis produk.
Terbaharu, Faiz sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila berjaya membuat kejutan menghadiahkan ibunya sebuah kereta Toyota Yaris.
Faiz gembira kerana hasratnya selama ini mahu menghadiakan kereta buat ibunya tercapai.
"Mama tak tahu pun yang saya beli kereta ini untuk dia. Dia tahu saya beli kereta tapi ingat untuk perniagaan saya.
"Saya memang dah niat nak hadiahkan kereta ni dekat mama dah lama tapi Alhamdulilah baru hari ini Allah izin," tulisnya.
Pemuda itu berkongsi di dalam sebuah video yang dimuat naik ke TikTok.
Menerusi video berkenaan ibunya yang mendapat tahu kelihatan terkejut lalu terus mengalirkan air mata.
Menurut Faiz hadiah itu sempena membalas jasa ibunya yang sentiasa menyokongnya dan bersamanya dalam susah dan senang.
"Senang jatuh bangun saya dulu mama lah hadap dan selalu bantu.
"Walaupun nilai kereta ni tak mampu membayar setitik susu yang mama besarkan saya.
"Terima kasih mama untuk semua doa darimu. Doa seorang ibu," luahnya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Faiz menghargai pengorbanan ibunya.
@faiz.aizif Ya Allah, Menitis Air Mata Edit Video Nih. Terima Kasih Ya Allah. Terima Kasih Untuk Segalanya. Terima Kasih Izinkan Hambamu Ini Untuk Merealisasikan Impian Ini. ❤️ Ambik Berkat Sehari Sebelum Ramadan. Semoga Saya Digandakan Pahala Dan Rezeki Lagi. Amin ya Mujib❤️ Terima Kasih Kak @AzieRazzia Tolong Uruskan Hal Kereta Faiz ! Service Tiptop? #fyp #faizaizif #ceoanjing #ceobulus #beletiaq #viral ♬ Muhasabah Cinta - Anisa Rahman
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Bukan Festival Makanan Semata, Havoc Food Fest Bakal Adakan Acara Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana!

gempak
24/10/2024
18:55 MYT
Memasuki tahun kelima penganjuran, Acara Havoc Food Festival kembali lagi.
Hiburan

Takut Salah Pilih, Qistina Raisah Dedah Ibu Bantu Tapis Teman Istimewa - “Kalau Dating Ibu Saya Teman”

gempak
22/10/2024
03:05 MYT
Pelakon sensasi, Qistina Raisah mendedahkan ibu nya yang juga merangkap sebagai pengurus, Roszana Aminuddin akan sentiasa memantau perihal hubungannya bersama teman istimewa.
Hiburan

Kahwin Duda, Irish Bella Dapat Masjid Hadiah Mas Kahwin

gempak
21/10/2024
00:55 MYT
Kisah pernikahan bekas isteri Ammar Zoni, Irish Bella pada hujung minggu ini masih menjadi sorotan media tempatan.
Hiburan

Saif Sulaiman Alami Demam Panas Hingga Masuk Wad, Syifa Melvin Mohon Doa - “Berkecai Hati Tengok Anak Ibu Lembik…”

gempak
18/10/2024
23:50 MYT
Usahawan Syifa Melvin memaklumkan anak sulungnya, Sulaiman dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam baru-baru ini.
Viral

"Tindakan Tembak Mati Anjing Liar Adalah Tidak Berperikemanusiaan" - Nashriq Ismail Sabri

gempak
18/10/2024
20:20 MYT
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri, membantah sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk 'Kopi' dipercayai ditembak.
BorakSeeni