Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Pernah Tular Beri Makanan Percuma Kepada Pelajar Universiti, Peniaga Viral Diuji Anak Hidap Jangkitan Kuman

Firdaus 14/01/2024 | 06:55 MYT

Pernah tular suatu ketika dahulu kerana sanggup memberikan Nasi Lemak secara percuma untuk pelajar-pelajar yang ‘putus’ duit di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), peniaga, Siti Aishah kali ini difahamkan ditimpa musibah berkaitan cahaya matanya yang baru sahaja dilahirkan.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, individu itu memaklumkan bahawa anak yang dilahirkan Siti Aishah menghidapi jangkitan kuman serta memerlukan sumbangan ramai untuk membiayai kos perubatan.

BERITA TRENDING: Lelaki Selamatkan Perniagaan Nasi Lemak, Sanggup Bayar Sewa Kedai Setahun Tertunggak

“Salam semua, kau kenal Siti Aishah? Pernah viral menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang putus duit di UTM Skudai Johor.

“Hari ini dia ditimpa musibah, melahirkan anak dan ada jangkitan kuman. Kena ambil air tulang. Semoga dipermudahkan urusan anaknya, Irham, ibu, ayah dan anak seorang lagi, Indera,” tulis individu itu.
Dalam pada itu, individu tersebut turut menerangkan bahawa keadaan yang dihadapi oleh Aishah menyebabkan dirinya tidak boleh berniaga dan hilang mata pencarian.
“Keadaan menyebabkan dia tidak dapat berniaga. Putus mata pencarian. Jika ada yang sudi menyumbang, bagi meringankan beban boleh berbuat demikian,” tulisnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, difahamkan bahawa sumbangan yang diterima telah pun mencukupi dan baki derma berlebihan dikatakan akan diberi kepada mereka yang memerlukan.
Sumber: Facebook

#Viral #Anak #Sakit #Netizen #Facebook #Universiti #Pelajar #Peniaga #Nasi Lemak
;