Hiburan
Perompak Menyamar Sebagai Penyanyi Lagu Despacito Curi Barangan Berharga RM9.4 Juta
Seorang lelaki yang melakukan penyamaran sebagai penyanyi lagu Despacito, Daddy Yankee merompak barangan bernilai AS$2.3 juta (RM9.4 juta).
Barangan mewah itu dirompak dari bilik hotel penyanyi terbabit di Valencia, Sepanyol selepas lelaki itu menyamar dan menelefon staf hotel yang untuk membuka bilik selamatnya.
Daddy Yankee kini sedang membuat persembahan jelajah di Eropah dan rompakan itu telah disahkan oleh wakil penyanyi terbabit, Nevarez PR.
Difahamkan, dua buah bilik yang mengandungi permata dan wang tunai bernilai beribu-ribu dolar telah dirompak dalam kejadian tersebut.
Selepas itu, Daddy Yankee tetap meneruskan sesi jelajahnya di Martigues, Perancis.
Sumber: Las Provincias, mStar
Foto: Billboard