Hiburan

“Persiapan Dah 95%” – Eyra Hazali Tak Sabar Tempuh Hari Perkahwinan

Azwa Rahman
25/10/2019
10:24 MYT
Sponsor Banner
“Persiapan Dah 95%” – Eyra Hazali Tak Sabar Tempuh Hari Perkahwinan
Pelakon Eyra Hazali berkongsi persiapan menjelang hari bahagianya bersama penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli.
Memetik laporan HLive, Eyra, 23, kini sibuk menyediakan segala persiapan akhir menjelang perkahwinannya yang akan belangsung tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, segala persiapan sudah berada di tahap 95 peratus, tinggal tunggu hari tersebut sahajalah untuk berkahwin.
“Bercakap dari segi mental, saya tak boleh cakap dah bersedia ke tidak tapi 70 peratus tu saya bersedia untuk menempuh alam baru memandangkan saya kenal bakal suami dah lama jadi harap semuanya akan okay,” ujarnya.
Malah menurut Eyra lagi, dia sudah mula belajar memasak makanan kegemaran bakal suaminya sebagai salah satu persediaan memasuki fasa berumah tangga.
“Haruslah belajar makanan kegemaran dia tapi Haziq pernah cakap dengan saya supaya tak perlu terlalu mencuba untuk masak makanan yang dia suka,” katanya lagi.
Eyra dan Haziq, 21, bakal disatukan pada 1 November ini di Kuala Lumpur.
Pasangan itu telah bertunang pada 1 Disember 2018 selepas setahun bercinta.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024