Laman Utama
Persiapan Jadi Janda, Isteri Virgoun Buka Purdah & Jadi Duta Klinik Kecantikan
Kisah keretakan rumah tangga penyanyi Virgoun dan isterinya, Inara Rusli sempat mengejutkan industri seni hiburan Indonesia dan Malaysia lantaran perempuan tersebut mendedahkan kecurangan dan sikap liar lelaki tersebut.
Memasuki proses tuntutan cerai, Irana juga mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang ibu tunggal.
Perempuan yang sebelum ini memakai purdah sepanjang menjadi isteri Virgoun kini mengambil langkah membuka kain yang menutup sebahagian wajahnya itu.
Tindakan membuka purdah tersebut dilakukan Inara secara langsung di hadapan media tempatan di Jakarta, Khamis lalu.
Menurut Inara, tindakannya membuka purdah dilakukan demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak kelak.
“Saya sudah memikirkan keputusan ini sebaik masalah melanda dan bersedia untuk bercerai.
“Ini saya lakukan demi anak-anak dan mahu mereka mampu hidup dengan baik termasuk mendapat pendidikan yang bagus tanpa bantuan ayah mereka.
“Saya perlu tetap berjuang selepas ini,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Pada pertemuan sama, Inara mengumumkan dirinya telah dilantik sebagai duta bagi sebuah klinik kecantikan.
“Saya sangat bersyukur kerana ramai yang memberi sokongan. Ramai orang yang baik,” katanya.