Laman Utama
Pertama Kali Dedah Identiti, Wajah YouTuber Ini Ditonton 30 Juta Kali
Seorang YouTuber yang cukup terkenal dalam kalangan para gamer buat pertama kali mendedahkan identiti dan wajahnya.
Selama bersiaran dalam platform gamer Minecraft, dia hanya dikenali sebagai Dream dengan wajahnya ditutupi topeng lambang senyum atau smiley.
Meski muncul di sebalik topeng, Dream memiliki lebih 30 juta subscriber.
Namun baru baru ini dia memutuskan untuk mendedahkan identiti dan wajahnya. Dream berbuat demikian untuk membuat dirinya bebas dan tidak lagi menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat yang mengikutinya.
“Hi, nama saya Clay. Saya juga dikenali sebagai Dream,” kata YouTuber Tersebut dalam video berdurasi sekitar 5 minit.
Clay kemudian menyambung: “Ada orang yang cuba untuk membocorkan wajah dan mencari tahu seperti apa penampilan saya. Saya rasa ia agak berlebihan.”
Video pendedahan identiti dan wajah Clay juga telah menerima tontonan yang cukup banyak iaitu 30 juta kali.
Malah Time melaporkan video pendedahan identiti itu ditonton sebanyak 1.1 juta kali hanya dalam tempoh satu jam dan tanda pagar #DreamFaceReveal menjadi topik dan trending nombor 1 platform Twitter di Amerika Syarikat.
Cuitan di Twitter yang menampilkan wajahnya buat pertama kali disukai sebanyak 800 ribu pengguna media sosial.
Dalam video sama, Clay mengatakan saluran YouTube yang dimiliki olehnya sebenarnya boleh menjadi terkenal mesti dikendalikan oleh bukan selebriti.
"Saluran ini adalah bukti nyata bahawa siapa pun boleh melakukan apa pun. Setiap orang boleh saja memakai topeng itu, Dream boleh jadi siapa saja, dari mana saja.
“Saya sangat terhutang budi dengan semua peminat dan para subscriber. Saya sayang kalian,” katanya pada akhir video.