Hiburan
Pertama Kali Join Reality Show, Zarif Ghazzi Teruja Jayakan Call Me Handsome Sempena Hari Malaysia – “Saya Terus Ambil, Tolak Semua Job”
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi teruja apabila membuat penampilan dalam sebuah rancangan realiti, Call Me Handsome.
Menurut Zarif, dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menjayakan program yang menampilkan pendatang-pendatang baharu dalam bidang hiburan tanah air itu.
Tak Bersaing, Just Have Fun
Sebaliknya menyifatkan ia adalah sebuah program yang bagus dan sesuai untuk ditonton semua.
“Dalam program Call Me Handsome ini ia ibarat program realiti Korea, Running Man, tetapi kita buat ikut cara Malaysia.
“Pada mulanya bila saya tengok ada peserta seperti Thompson Goh dan Kidd Santhe, saya terus macam ‘oh man, ini sesuatu yang besar. Tak boleh bawa main’.
“Tapi bila dah bersama mereka, kami rasa selesa jadi tiada masalah sangat.
“Soal bersaing, tak ada lah sangat. Ia lebih kepada ‘have fun’ saja. Okey saja, ia sebuah program yang best untuk semua,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Pertama Kali Join Realiti Show
Berkongsi lanjut, Zarif akui ini adalah kali pertama dia melibatkan diri dalam rancangan realiti.
Malah, teruja untuk menjayakannya bersempena Hari Malaysia.
“Bila saya dapat tawaran untuk sertai program realiti ini saya macam terkejut sebab saya tak pernah sertai mana-mana program realiti sebelum ini.
“Tapi bila dapat tahu ia akan ditayangkan pada Hari Malaysia saya teruja, saya terus ambil.
“Saya tolak semua job, saya nak buat ini untuk Hari Malaysia,” ujarnya teruja.
Call Me Handsome Edisi Hari Malaysia sebuah rancangan reality menampilkan pendatang-pendatang baharu dalam bidang hiburan tanah air antaranya Zarif Ghazzi, Kidd Santhe, Prince, Daniel Leong, Perry Kuan dan Thompson Goh!
Jom kenali mereka dengan lebih dekat sambil mereka main game dengan Sherry Al-Hadad, Sanjna Suri dan Dennis Yin.
Jangan lupa saksikan Call Me Handsome edisi Hari Malaysia pada Isnin, 16 September 2024, 11 malam hanya di di Astro RIA dan strim di On Demand and Astro Go!