Berita

Pertaruhkan Logo Gajah, Azwan Ali Yakin Mampu Meraih Undi Di DUN Bukit Antarabangsa

Rozaimi Zubaidi
25/04/2018
03:41 MYT
Sponsor Banner
Pertaruhkan Logo Gajah, Azwan Ali Yakin Mampu Meraih Undi Di DUN Bukit Antarabangsa
Selebriti kontroversi, Azwan Ali, mengesahkan bakal menggunakan logo Gajah untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menerusi laporan Sinar Harian, Azwan berkata dia akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa bagi menentang penyandang yang juga merupakan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Panas, panas... panas, saya boleh sahkan bahawa saya menggunakan logo Gajah.
"Saya akan bertanding sebagai calon Bebas, sebab apa saya ke sana kerana, saya yakin rakyat di Bukit Antarabangsa, muak dengan janji palsu Azmin Ali," jelasnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai taruhan terbaiknya buat rakyat Bukit Antarabangsa, Azwan menggariskan lima aku janji buat mereka.
"Antaranya, konsep turun padang tiap hari demi rakyat; Hapuskan politik rasuah serta merta; Masalah air Selangor diselesaikan secepat mungkin; Rumah mampu milik untuk rakyat dan Kerap sesi sedekah bersama rakyat," katanya.
Sementara itu ketika ditanya tahap keyakinannya untuk meraih undi di kerusi berkenaan, Azwan menjelaskan, dia tidak kisah sekiranya hanya mendapat satu undi.
"Saya telah selesai urusan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jadi ini membuktikan bahawa saya serius untuk bertanding
"Saya tetap yakin, walaupun satu undi, saya okay, ia sudah cukup berharga bagi saya meskipun hilang wang pertaruhan, itu duit saya bukan duit anda," katanya lagi.
Pada PRU13 lalu, Mohamed Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dengan jumlah undi sebanyak 16,502 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nazim Ibrahim yang memperoleh undi sebanyak 12,458.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar