Laman Utama
Perubahan Wajah Isteri Tajul Ariff Jadi Perhatian - “Saya Yang Suruh Sendiri…”
Perubahan wajah isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie yang kelihatan lebih cantik menarik perhatian netizen di laman sosial.
Menurut Tajul, dia sendiri yang meminta isterinya untuk pergi ke klinik estetik untuk melakukan beberapa rawatan melibatkan wajah.
Malah bagi Tajul, perkara itu normal memandangkan isterinya tidak pernah membuat sesuatu perkara yang tidak disukai atau tanpa pengetahuannya.
“Pada saya, benda itu (perubahan) normal la. Saya yang suruh sendiri… benda itu pada saya okay la sebab saya yang suruh.
“Dia tak pernah buat benda yang saya tak suka atau dia buat tanya pengetahuan saya. Semua itu atas kehendak saya,” kata Tajul kepada Gempak.
Tajul ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama syarikat pengurusan artis FMC di Hotel Tenera, Bangi, pada malam Selasa.
Terdahulu, biarpun ada yang memuji perubahan itu namun terdapat segelintir netizen yang menegur tindakan isteri Tajul melakukan rawatan ‘nose lifting’ di sebuah klinik estetik.
Menurut netizen, tindakan itu seperti mengubah bentuk muka di mana penceramah terkenal Ustazah Asma, pernah berkongsi hukumnya adalah haram.
Untuk rekod, Tajul berkahwin dengan Nurul Shamieza pada 10 Disember 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.