Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Sebelum ini, penampilan pelakon Sweet Qismina yang memperlihatkan keadaan perutnya seakan-akan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis menjadi bualan hangat.
Bagaimanapun Sweet berkata dia tidak mengambil hati sekiranya ada orang yang menganggap dirinya sedang hamil dan bertanyakan mengenai usia kandungan.
Belum ada rezeki zuriat, isteri kepada aktor Adam Lee tetap menganggap kata-kata dan pertanyaan orang itu adalah doa untuk dia.
“Kalau orang tanya Sweet ke ‘dah berapa bulan’… ini perut buncit je. Sweet jujur, Sweet takkan terasa sebab pada Sweet apa yang orang cakap itu adalah doa untuk Sweet.
“Kita tak boleh nak marah diorang sebab diorang tak tahu pun betul ke tak betul. Tapi apa yang diorang cakap itu menggembirakan Sweet sebab itu adalah doa mereka.
“Sweet akan cakap ‘belum lagi, doakan untuk saya’. Sebab tak tahu dalam 10 ribu orang itu, siapa salah seorang itu yang doanya akan diangkat,” kata Sweet menerusi video temu bual di TikTok Mingguan Wanita.
Untuk rekod, Sweet Qismina mendirikan rumah tangga dengan Adam Lee pada 24 Oktober tahun lalu.