Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

Amri Hassan 18/05/2024 | 15:35 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Dedah Ina, dia pernah mengajukan soalan kepada Allahyarham tentang kerisauan meneruskan kehidupan seandainya mereka bercerai nyawa.

"Rasa sedih dan terkilan. Kali terakhir saya cakap dengan dia, ‘siapa nak jaga kami nanti?’.

"Dia kata, ‘selama ini yang menjaga bukan abang (Suhaimi) tapi Allah’," kata Ina menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

Kuatkan hidup Ina

Pesanan itu kata Ina menguatkan semangatnya untuk meneruskan hidup selepas ketiadaan Suhaimi.
"Saya tersentak dengar dia cakap begitu tetapi memang betul, yang menjaga kita bukanlah pasangan kita, ibu bapa atau anak-anak tapi Allah. Jadi berbalik kepada Allah.
"Bila dia kata begitu, saya rasa kuat dan saya yakin. Rezeki pun Allah bagi, semuanya Allah.
"Suhaimi tu kalau sembang dengan dia semuanya tentang Allah. Sebab tu dia tak letakkan saya sebagai orang yang paling dia sayang. Saya orang yang ketiga selepas Allah dan Rasulullah SAW.
"Bila dia sudah tiada, saya tak rasa terlalu sedih atau menghayati pemergian arwah, sebab semua Allah punya.
"Nanti kita pun begitu dan mintalah pada Allah untuk mempermudahkan urusan kematian kita. Sebab kita tak tahu kita meninggal macam mana," katanya.
undefined
Terdahulu, kesihatan Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad dilaporkan merudum sejak awal Oktober tahun lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).
Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 petang pada 15 November di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

BERITA TRENDING: “Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati

#Penyanyi #Meninggal Dunia #Nasyid #Suhaimi Saad #Ina Naim #Allah #Pesanan
;