Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pesilat Wanita Beragama Kristian Ini Perjelas Sebab Mengenakan Tudung Ketika Bertanding - “Walaupun Tidak Diwajibkan…”

Izwan Isa 08/08/2022 | 23:50 MYT

Pesilat wanita negara, Merrywati Manuil mendedahkan tujuannya mengenakan tudung ketika beraksi sungguhpun dirinya penganut beragama Kristian.

Dalam satu hantaran di Facebook miliknya, Merrywati memberitahu yang dia berbuat demikian kerana sangat menghormati warisan Melayu serta mengagumi seni silat.
“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.
“Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan,” katanya.
Dalam masa yang sama, Merrywati turut memberitahu yang dia tidak menerima paksaan daripada mana-mana pihak untuk mengenakan tudung.
“Semestinya tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.
“Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Jangan serius bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom,” tutupnya.
Terdahulu, pesilat wanita negara dari Sabah itu tular di media sosial dengan kelincahan aksinya dalam Silat Tari Sembah ketika Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Foto kredit: alifasyrafsuhaimi

#Tudung #Pesilat Wanita
;