UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gaya Hidup

Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang Kini Hadir Dengan Edisi Pusat Beli-Belah 2025! Boleh Jadi Panduan Untuk Pengguna Bas & Keretapi

Umirah Halim 04/02/2025 | 04:55 MYT

Seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Yushairie Yusoff berjaya mendapat perhatian netizen selepas berkongsi peta ciptaannya iaitu Transit Berintegrasi Lembah Klang: Edisi Pusat Beli Belah.

Menariknya, versi ini direka khas bagi memudahkan perjalanan ke lebih 150 pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam.

Peta ini memaparkan semua laluan rel utama di Lembah Klang yang diselaraskan dengan pusat beli-belah berhampiran.

Beberapa destinasi utama yang disertakan ialah Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion KL, dan banyak lagi.

Dengan kemaskini terkini, peta ini menyediakan panduan yang lebih tepat dan mudah difahami untuk semua pengguna yang lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas dan keretapi.

Sebelum ini, Mohd Yushairie Yusoff juga pernah mencipta peta serupa pada 2023 yang dinamakannya dalam Peta Transit Bersepadu Lembah Klang.

Mohd Yushairie juga telah mencipta fail PDF peta untuk penerangan yang lebih jelas dan mendalam. Klik sini untuk rujukan.

#Pusat Beli Belah #transit #berintegrasi #edisi #peta
;