Laman Utama

Pilih Jejaka British & Terima Hantaran Sebuah Rumah- Haliza Misbun Akhirnya Berkahwin

Syafiqah Jalal
10/04/2021
10:48 MYT
Sponsor Banner
Pilih Jejaka British & Terima Hantaran Sebuah Rumah- Haliza Misbun Akhirnya Berkahwin
Dengan sekali lafaz, aktres Haliza Misbun, 48, sah bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, yang berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, jam 5.25 petang ini, lapor Berita Harian.
Memilih duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon mencipta populariti menerusi drama Cinderella pada 1990-an itu.
"Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.
"Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insya-Allah," katanya.
Upacara akad nikah Haliza dan suami berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.
Pada majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik.
membina keluarga baharu. Haliza menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tiga daripada pengantin lelaki. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin.
Haliza berkata, hubungannya dengan suami sudah terjalin sejak empat tahun lalu.
"Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan. Bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan.
"Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani membawanya bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.
"Barangkali, disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami," katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.
Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.
Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.
"Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pandemik COVID-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual," katanya.
Sumber & foto : Berita Harian Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar