Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Pinjam RM500, Bagi Macam Tak Nak Bagi” - Rezeki Lan Solo, Mula Dengan Kicap Lima Botol, Kini Dah Ada Cawangan

Mya Amri 26/09/2021 | 03:45 MYT
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim mengucapkan rasa syukur kerana perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama suami kini berkembang.
Sheila menerusi posting akaun Instagramnya menyatakan dia tidak pernah menyangka kegigihan dan dugaan yang ditempuhi bersama suami akhirnya membuahkan hasil yang baik.
“Diam tak diam… 2 Tahun dah usia Solo Borneo Mart. Hanya Allah yang tahu betapa struggle nya untuk sampai tahap ini.
“Masa pertama kali bukak mulut je, Lan terus bangkang woooo… Awak main-main je katanya. Tapi KY teruskan belajar itu dan ini,” tulisnya.
Sheila juga berkongsi detik-detik sewaktu meminta izin Lan untuk memulakan perniagaan pasar mini Solo Borneo Mart.
“Kawtim sana sini, pinjam RM500 dekat Lan, dia bagi macam tak nak bagi. Mula dengan kicap 5 botol, mee 5 peket.
“Mintak kredit barang dulu kat keluarga angkat di Sabah. Finally, 10 kontena jua akhirnya. Allahuakbar… KY dengan LS telan segala kecaman pada awalnya.
“Down sampai rasa nak putus asa tapi KY terus je fokus. Rupanya Allah hadiahkan sedikit pelangi dihujung-hujung.
“Kecaman… Viral sehingga melibatkan anak-anak yang tak tahu apa-apa, kami teruskan jua. Wajarlah kalau KY sedikit beremosikan masa launching hari itu,” coretnya.
Solo Borneo Mart kini mempunyai cawangan di Bandar Bukit Puchong (HQ) dan Galaxy Ampang.
Untuk info, Solo Borneo Mart merupakan pasar mini yang menjual produk makanan dan minuman dari Sabah serta Sarawak.
#Sarawak #Sabah #Lan Solo #Solo Borneo Mart #Pasar Mini
;