Laman Utama

PKP2021: BPN 2.0 Mula Dibayar 21 Januari Ini

Azwa Rahman
13/01/2021
15:25 MYT
Sponsor Banner
PKP2021: BPN 2.0 Mula Dibayar 21 Januari Ini
Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dilaksanakan bermula 21 Januari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, fasa kedua melibatkan 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada dan 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.
Menurut beliau, bayaran BPN fasa kedua dipercepatkan ekoran pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
"Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.
"Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
"Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.
"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan.
“BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.
“Inisiatif BPN 2.0 tersebut disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.
Sumber: Astro Awani Kredit foto: Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar