Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

PKRC MAEPS Beroperasi Semula Esok

Azwa Rahman 24/02/2022 | 10:17 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengoperasikan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) esok.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan semula PKRC MAEPS itu bagi memastikan perkhidmatan hospital di Lembah Klang untuk kes bukan COVID-19 tidak terjejas.
"Kes-kes berisiko rendah akan ditempatkan di PKRC MAEPS untuk tempoh yang singkat," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.
Menurutnya lagi, sebanyak 100 katil disediakan di PKRC MAEPS itu.
Sumber: Sinar Harian
#Malaysia #COVID-19 #MAEPS Serdang
;