Hiburan

"Plan Asal Lepas Raya Nak Pergi Disneyland Dengan Family, Tapi..." - Tak Jadi Fly Sambut Birthday Anak, Anzalna Mahu Bantu Keluarga Susah

Kamaruddin Razal
20/05/2020
03:25 MYT
Sponsor Banner
"Plan Asal Lepas Raya Nak Pergi Disneyland Dengan Family, Tapi..." - Tak Jadi Fly Sambut Birthday Anak, Anzalna Mahu Bantu Keluarga Susah
Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan perancangan untuk menyambut ulang tahun pertama anaknya, Eidrees Hanif yang jatuh pada 31 Mei ini tidak kesampaian.
Berkongsi berita terbabit di Instagram, Anzalna menyifatkan tiada rezeki untuk dirinya dan keluarga menjejakkan kaki ke sana.
"Plan nak bawa my whole family to celebrate Eidrees’ 1st birthday at the Disneyland tetapi tak ada rezeki.
"Alhamdulillah duit tickets pun dapat refund nasib baik hotel tak book lagi! Phewww...
"Duit bercuti tu I nak buat charity. Boleh bagi cadangan kat siapa nak bagi?" tulisnya.
Ketika dihubungi oleh Gempak, aktres drama bersiri Arluna ini mendedahkan dia mahu menggunakan wang terbabit sebagai duit raya.
"Sebenarnya, saya masih dalam perbincangan nak bagi kepada siapa. Tapi duit itu sebagai duit raya tau.
"Mungkin saya akan berikan sumbangan kepada keluarga yang susah. Doakan semua urusan saya dipermudahkan ya," kata Anzalna.
Tambah aktres Memori Cinta Suraya ini, sepatutnya mereka sekeluarga akan terbang ke luar negara untuk menyambut hari jadi Eidrees.
"Ada hikmahnya semua ini terjadi. Sebelum ini, plan asal saya selepas Raya adalah mahu berangkat ke sana dengan keluarga.
"Apa yang penting, tahun ini sama-samalah kita beraya di rumah sahaja. Tak usah keluar jika tidak perlu ya. Besar harapan saya agar semuanya serba sederhana dalam menyabut Aidilfitri tahun ini," katanya lagi.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan suami, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.
Tahun lalu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Eidrees yang bakal mencecah usia setahun pada 31 Mei ini!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar